《==== KLIK 2X TUTUP PAPARAN INI Button Close

TINDAKAN KUDA INI KETIKA BERTEMU SEMULA DGN PEMILIKNYA SLPS 25 TAHUN TERPISAH BUAT RAMAI SEBAK !!!

TINDAKAN KUDA INI KETIKA BERTEMU SEMULA DGN PEMILIKNYA SLPS 25 TAHUN TERPISAH BUAT RAMAI SEBAK !!!

Pertalian yang tidak dapat dipisahkan antara seorang wanita yang sedang tenat dengan kuda kesayangannya yang tidak bertemu sejak 25 tahun yang lalu. Mereka bertemu kembali hanya sementara, sebelum wanita tersebut meninggal dunia. Pertemuan itu pastinya permintaan akhir wanita tersebut.
Shiela Marsh mula bekerja di Haydock Park Racecourse sejak berusia 21 tahun. Kuda memainkan peranan penting dalam hidupnya, terutama Bronwen yang dijaga, dipeluk dan dibawa berjalan dan memulakan langkah mereka semasa kecil lagi. Mereka bersama selama 2 dekad.
Malangnya, Marsh yang berusia 77 tahun disahkan berdepan sakit kanser. Hanya baring di katil hospital, dia mempunyai permintaan terakhir, iaitu untuk bersama kuda tercintanya, Bronwen, buat kali terakhir.
Tatkala kesihatannya semakin merosot, anak perempuannya, Tina Marsh bercakap dengan staf di Royal Albert Edward Infirmary di Wigan, England mengenai permintaan terakhir ibunya dan berharap mereka dapat merealisasikan hajat terakhir ibunya.
Staf hospital membawa katil Sheila keluar di kawasan parkir kereta di mana kudanya yang sudah lama terpisah menunggu untuk bertemu semula dengan penjaganya.
Akhirnya, Sheila berpeluang untuk berkongsi saat terakhirnya dengan Bronwen. Setelah melihat Sheila, Bronwen menuju ke arah penjaga yang sudah kian lama terpisah.
Semasa Bronwen berada di sebelah Sheila, dia [Sheila] berasa sangat gembira. Dia lalu memanggil nama kudanya buat kali terakhir, semasa Bronwen ke sebelah pipinya.
Tina berkata, “Mak saya sangat kurang berkata-kata sejak dia terlantar di hospital tetapi dia masih berupaya untuk memanggil nama Bronwen.”
Bronwen secara perlahan-lahan tunduk dan memberi ciuman terakhir kepada Sheila.
Senario yang berlaku menyebabkan ramai yang tersentuh.
“Dia [Sheila] mempunyai hubungan istimewa dengan Bronwen. Dia menjaga Bronwen selama 18 atau 19 tahun. Saya sangat tersentuh melihat pertemuan semula itu.”
Selepas pertemuan itu, Sheila meninggal dunia beberapa jam kemudian.
Ikatan yang terdapat di antara dua hidupan itu pastinya tidak dapat dipisahkan. Meskipun mereka sudah lama terpisah, haiwan dan manusia ini saling mengenali lagi berdasarkan tindakan yang ditunjukkan oleh mereka berdua terutamanya Bronwen.
Lihat pertemuan semula yang penuh emosi:


    0 Response to "TINDAKAN KUDA INI KETIKA BERTEMU SEMULA DGN PEMILIKNYA SLPS 25 TAHUN TERPISAH BUAT RAMAI SEBAK !!!"

    Post a Comment

    Popup Set