Terima kasih USTAZAH HUSLIN (SMK Batu Gajah, Tanah Merah,
Kelantan) kerana telah menampar kepala anak saya NURSYAHIDA BT ZULKIFLI
sebanyak tiga kali pada 19 Julai 2016, jam 8.30 petang. #
Katanya, anak saya mengandam kening. Sedangkan keluarga kami
semuanya kening seperti diandam. Saya rasa ustazah berkenaan perlu menambah p0wer
kaca matanya. #
Anak saya masih dalam rawatan D0kt0r Pakar 0th0rpedik kerana
tulang tengkuknya menghadapi masalah kritikal. Penyakit ini di bawah kawalan
Ketua Pakar 0th0rpedik HRPZII dan anak saya dinasihatkan agar tidak mengangkat
barang-barang berat dan tidak dibenarkan sesiapa menyentuh, apatah lagi memukul
bahagian kepalanya. #
Disebabkan kejadian semalam, saya terpaksa menghantar anak
saya ke H0spital Tanah Merah kerana dia mengalami sakit di bahagian yang
ditampar dan muntah-muntah. Dan sekiranya sakitnya tidak berubah, saya terpaksa
merujuk HRPZII.#
Justeru, saya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan
yang sewajarnya. Sepatutnya pihak sek0lah prihatin dan tidak menghukum muridnya
secara keterlaluan. #
Tambahan pula guru yang berpendidikan agama perlu mengambil
tindakan secara berhemah. Saya berharap pihak kementerian mengambil tindakan
yang serius terhadap guru-guru yang tidak beretika. - Zulkifli Yunus#
0 Response to "Hanya Kerana Bulu Kening, Ustazah Sekolah Tampar Murid Sehingga Masuk Wad"
Post a Comment