《==== KLIK 2X TUTUP PAPARAN INI Button Close

Bomoh Sebut Nama Zulfarhan Pencuri Komputer Riba Dicari – Kali ni Bapa membongkarkan beberapa kemusykilan !

ZULKARNAIN menunjukkan gambar terakhir bersama arwah anaknya, Zulfarhan Osman, di rumahnya di Bandar Uda Perdana, Johor Bahru. FOTO Ibrahim Isa

ZULKARNAIN Idros, 53, mengutarakan beberapa kemusykilan terhadap kejadian sedih dan kejam yang menimpa anaknya, Allahyarham Zulfarhan Osman, 21.
“Arwah sudah didera beberapa hari, saya tidak faham mengapa dia tidak dimasukkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan kecemasan?
Saya juga hairan mengapa doktor yang merawatnya sebanyak dua kali tidak membuat laporan polis,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Bandar Uda Perdana, Johor Bahru, hari ini.
 
Selain itu, Zulkarnain turut tertanya-tanya mengapa bomoh yang kini sedang dicari polis bagi membantu siasatan menamakan individu tertentu.
“Saya tidak pasti benar atau tidak…tetapi kalau bomoh itu benar-benar bagus, dia tidak sepatutnya menamakan mana-mana individu, katanya.
Zulkarnain berkata, sebelum ini dia difahamkan arwah anaknya itu dibelasah menggunakan pelbagai benda kerana kononnya mencuri komputer riba.

 
Arwah bukan begitu orangnya. Hari ini, saya diberitahu ada bomoh menamakan arwah mengambil komputer riba suspek yang membawakan kepada kejadian itu.
“Jikalah bomoh tu power (berkuasa), dia sepatutnya pergi mendapatkan barang yang hilang dan bukannya menamakan individu dan dalam kes ini hingga menyebabkan kematian.
“Sebagai umat Islam kita kena percayakan Allah dan berusaha mengikut perintahNya,” katanya.
Sementara itu, katanya, keluarga belum membuat laporan polis kerana sibuk menguruskan jenazah arwah dan hanya akan berbuat demikian dalam masa beberapa hari lagi.
“Kami akan mendapatkan bantuan guaman sebelum membuat laporan polis kerana mahu bentuk laporan secara menyeluruh.
“Walaupun kami reda, saya tetap ambil tindakan undang-undang untuk mendapatkan pembelaan dan keadilan buat arwah.
Sekurang-kurangnya tindakan undang-undang itu nanti dapat bantu tambah baik pentadbiran UPNM sendiri supaya kejadian sama tidak berulang, katanya. – Metro

0 Response to "Bomoh Sebut Nama Zulfarhan Pencuri Komputer Riba Dicari – Kali ni Bapa membongkarkan beberapa kemusykilan !"

Post a Comment

Popup Set