《==== KLIK 2X TUTUP PAPARAN INI Button Close

Petua Buang Kotoran Degil Dan Daki Pada Kulit Kepala Dengan Kulit Tembikai. Jom SHARE!!

Petua Buang Kotoran Degil Dan Daki Pada Kulit Kepala Dengan Kulit Tembikai

Penampilan diri boleh dipertingkatkan dengan pelbagai cara, ada yang guna cara tradisional dan ada yang suka jalan mudah iaitu gunakan pewangi dan sebagainya.
Bagi mereka yang banyak melakukan kerja luar atau memandu motorsikal sering mengalami masalah kulit kepala kering dan berdaki disebabkan cuaca dan habuk. Apabila berpeluh menyebabkan rambut berbau nak pula bila pakai helmet.
Jadi kami ingin kongsikan satu petua tradisional mudah untuk menjaga kulit kepala tanpa perlu membeli syampo dan perapi rambut yang mahal.
Anda boleh gunakan kulit tembikai untuk bersihkan kotoran pada kulit kepala. Cara bersihkan kotoran terutamanya pada kulit kepala sangat mudah dan ringkas caranya.
Ambil bahagian dalam kulit tembikai (yang berwarna putih), gosok kulit kepala anda secara perlahan-lahan. Biarkan ia meresap ke kulit kepala dan tunggu dalam masa 20 hingga 30 minit. Selepas itu, bilas bersih. Kulit tembikai dapat membersihkan kulit kepala dan daki serta kotoran.
Dengan cara atau petua di atas, diharapkan dapat membantu kita tampil ceria dan yakin untuk melakukan segala aktiviti. Sekian sahaja yang dapat saya kongsikan..
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. TQ

0 Response to "Petua Buang Kotoran Degil Dan Daki Pada Kulit Kepala Dengan Kulit Tembikai. Jom SHARE!!"

Post a Comment

Popup Set