《==== KLIK 2X TUTUP PAPARAN INI Button Close

Yea..dia cadang dia batal..dia hero..tanda2 awal pilihanraya..Korang kena phm permainan diaorg.. tu bukan makna batal.. tu maksud tangguh.. jadi.. lepas pilihanraya.. diaorg menang.. diaorg akan laksanakan.. cth mudah AES.. GST 6%.. ingat jgn mudah tertipu dgn startegik kitar semula.. ๐Ÿ˜‚ Sumber: Jabatan Kastam Diraja Malaysia


Kerajaan Batal Hasrat Kenakan GST Terhadap Lebih 60 Barangan Makanan


Pihak kerajaan dilaporkan telah membatalkan hasrat untuk mengenakan cukai barang dan perkhidmatan (GST) ke atas lebih 60 barangan makanan seperti yang dilaporkan sebelum ini.

Ketua Pengarah Kastam Datuk Subromaniam Tholasy berkata, keputusan berkenaan diambil selepas pihaknya telah mengadakan perbincangan dengan Kementerian Kewangan.

Menurutnya, laporan media itu berdasarkan Perintah Cukai Barang Dan Perkhidmatan (Pembekalan Berkadar Sifar) (Pindaan) (No.2) 2017 yang diwartakan pada 6 Jun lalu.

“Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) telah merujuk perkara ini dengan Kementerian Kewangan untuk maklumbalas dan telah membuat keputusan supaya P.U. (A) 162 Perintah Cukai Barang Dan Perkhidmatan (Pembekalan Berkadar Sifar) (Pindaan) (No. 2) 2017 dibatalkan,” kata Subromaniam dalam kenyataan.

BACA: Lebih 60 Jenis Barangan Makanan Akan Dikenakan GST Bermula 1 Julai

Akhbar China Press sebelum semalam melaporkan bahawa Subromaniam telah mengesahkan pada 1 Julai lebih daripada 60 barang makanan akan dikenakan GST, termasuk beberapa jenis makanan laut, sayur-sayuran, buah-buahan, teh, kopi, rempah dan mi.

Makanan yang terlibat adalah seperti belut dan ikan todak, manakala buah-buahan diimport seperti avokado, buah ara, anggur, buah pic, ceri, beri bihun, kuey teow, laksa mee, minyak kelapa, kentang, kacang panjang, kacang, bayam dan jagung manis. - Siakapkeli.my

Sumber: Jabatan Kastam Diraja Malaysia

0 Response to "Yea..dia cadang dia batal..dia hero..tanda2 awal pilihanraya..Korang kena phm permainan diaorg.. tu bukan makna batal.. tu maksud tangguh.. jadi.. lepas pilihanraya.. diaorg menang.. diaorg akan laksanakan.. cth mudah AES.. GST 6%.. ingat jgn mudah tertipu dgn startegik kitar semula.. ๐Ÿ˜‚ Sumber: Jabatan Kastam Diraja Malaysia"

Post a Comment

Popup Set