《==== KLIK 2X TUTUP PAPARAN INI Button Close

(GOSSIP ARTIS) Saya tak letak Harga Tinggi Macam Orang Lain.. Saya letak 3 lagu RM10,000 saja untuk setiap persembahan- Aiman Tino BY ADMIN SUNDAY, 12 MARCH 2017





Kuala Lumpur: Penyanyi popular Aiman Tino menafikan pihak pengurusannya meletakkan harga tinggi dan tidak munasabah bagi setiap persembahannya.
Image result for aiman tino
Aiman, 19, mengakui dia ada mendengar keluhan segelintir pihak mengenai bayaran untuk setiap persembahannya dikatakan mencecah RM10,000 bagi sebuah lagu.
Memang saya ada mendengar keluhan sebegitu. Apa saya boleh katakan mereka tak faham dalam proses itu.
Harga saya ialah RM10,000 untuk satu persembahan membabitkan tiga lagu, bukannya RM10,000 untuk satu lagu.
“Kalau nak tahu harga yang diberikan itu sekadar pembuka dan masih boleh dibawa berbincang. Jadi saya berharap perkara ini tak menimbulkan salah faham dan isu besar,” katanya yang menyerahkan kepada pengurusannya mengenai bayaran yang ditetapkan.
Aiman yang popular menerusi lagu Ku Rela Dibenci turut menjelaskan, dia tidak pernah bersikap ‘demand’ dengan sengaja meletakkan harga tinggi.
Pada masa sama, Aiman berkata, pihak pengurusannya turut mewujudkan harga pakej dia bersama penyanyi Sufian Suhaimi.
“Memandangkan kami di bawah satu pengurusan, jadi mereka menawarkan harga pakej kami berdua. Saya okay saja dan tak ada masalah mengenai perkara itu,” katanya.


0 Response to "(GOSSIP ARTIS) Saya tak letak Harga Tinggi Macam Orang Lain.. Saya letak 3 lagu RM10,000 saja untuk setiap persembahan- Aiman Tino BY ADMIN SUNDAY, 12 MARCH 2017"

Post a Comment

Popup Set